video
Fitnah Dajjal [Fitnah Akhir Zaman #bag 1]
Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokaatuh
Sahabatsetia Gusti, siapa yang tidak mengenal Beliau ( Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar) - nama lengkapnya-red]
1974 – 1992
Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, (.. 2 tahun setingkat dari admin sobb..hehehehe..) Selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama’ dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
- Ustadz Hasan Baharom
- Ustadz Soleh Bal As’ad
- Ustadz Abdul Hamid
- Ustadz Soleh Bin Agil
- Ustadz Ahmad Barakwan
- Ustadz Husin Bin Abu Bakar
1993 – 1995
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:- Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
- Al Habib Ali Masyhur
- Al Habib Salim As Syatiri
- Al Habib Hasan As Syatiri
- Al Habib Abdullah Bin Syihab
- Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
- Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
- Syeikh Fadal Ba Fadal
- Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
- Syeikh Umar Husain Al Khatib
- Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
- Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
- Habib Umar Bin Hafidz (kanan) bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi’ Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum’ah
4. Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah
kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar
dari pelbagai kaum dan bangsa.2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum’ah
4. Dr. Muhammad Jibril
2002- Sekarang
Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan ‘Islamic Legislation and Law’ dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.
Alhamdulillah, beliau telah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters).
Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih. sebagai pengasuh dan pembimbing
Majlis Ta’lim Darul Murtadza
Tonton juga
Fitnah Dajjal [Fitnah Akhir Zaman #bag 2]
Dipostkan oleh:
dwarnarupa.blogspot.com


Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Silahkan tinggalkan komentar nya ya?